KRU penerbangan Singapura perlu menjalani langkah kawalan Covid-19 lebih ketat dengan segera menyusuli berita pramugara dan juruterbang SIA disahkan menghidap koronavirus.
Mengumumkan demikian pada Rabu malam (30 Disember), Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata, ia akan memperketat langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kru udara dan demi melindungi kesihatan awam di Singapura.





