SEORANG warga emas Bangladesh yang memiliki Pas Lawatan Jangka Pendek ke Singapura adalah antara lima kes import Covid-19 baru yang dikesan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (18 November).
MOH dalam kenyataannya menjelaskan lelaki berusia 70 tahun itu dibenarkan masuk ke Singapura dengan sejarah perjalanan dari Bangladesh kerana beliau sudah menerima rawatan perubatan di sini dan kembali bagi rawatan susulan.





