LAUSANNE: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) merancang untuk memperkenalkan dasar bagi melindungi pemain wanita yang hamil termasuk mewajibkan mereka mengambil cuti bersalin sekurang-kurangnya 14 minggu.
Mengumumkan demikian pada Khamis (19 Julai), ketua pegawai bola sepak wanita Fifa, Sarai Bareman, berkata pihaknya mahu melihat lebih ramai wanita menceburi sukan bola sepak tetapi "pada masa yang sama mempunyai keluarga".





