Dia paling menyampah hari Selasa. Malah, hari Isnin dan Rabu juga tidak disenanginya. Tetapi memang sah, hari Selasalah yang paling membingitkannya. Semenjak dia berkelahi dengan kawan bertiga itu. Entah angin dan ribut mana yang datang membadai perhubungannya dengan mereka. Tiba-tiba mereka mengelompok dan menjauh diri darinya. Kekadang mereka hampir serupa segerombolan hyena menanti peluang mengaut mangsa. Dia juga disisih dari...





