KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberikan keterangan dalam kes saman fitnahnya terhadap, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada 26 Ogos, menegaskan beliau adalah seorang Melayu beragama Islam sejak lahir.
Dr Mahathir yang mengakui kali pertama memberikan keterangan di mahkamah sebagai plaintif, berkata kenyataan Datuk Ahmad Zahid kononnya nama asal beliau adalah Mahathir anak lelaki (a/l) Iskandar Kutty...





