RIYADH: Kerajaan Arab Saudi pada awal Ogos memperkenalkan pengajaran Bahasa Mandarin di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Daya usaha itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang ditandatangani antara Arab Saudi dengan China pada 2023, yang bertujuan meningkatkan kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara.





