Keistimewaan sebuah mahakarya yang dihasilkan khususnya buat musim Lebaran dapat dirasakan apabila lagu Raya, Bila Takbir Bergema, ciptaan Allahyarham Kassim Masdor, dipilih sebagai Lagu Pop Melayu Tempatan Terbilang.
Anugerah tersebut yang disampaikan pada penyampaian Anugerah Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass) 2024 di Sands Grand Ballroom, Marina Bay Sands (MBS), pada 29 September, mengiktiraf lagu dengan jumlah royalti tertinggi...





