Pengasas PropNex, Encik Ismail Gafoor, melawat pejabat Berita Harian (BH), sebahagian daripada usaha meneroka hala tuju baru dan menjalin rangkaian dengan pasukan media, pada 4 Oktober.
Semasa lawatan tersebut, Encik Ismail melahirkan rasa teruja dengan konsep terbuka pejabat dan mengagumi usaha BH menggunakan media sosial untuk mendekati orang ramai, khususnya golongan belia.





