BAITULMAKDIS/BEIRUT: Serangan udara Israel telah membunuh dua pengganti pemimpin Hezbollah yang terbunuh sebelum ini, kata Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, pada 8 Oktober, ketika tenteranya meluaskan serangan darat terhadap kumpulan yang disokong Iran itu di selatan Lebanon.
Dalam masa yang sama Encik Netanyahu menyeru kepada rakyat Lebanon agar menyingkirkan kumpulan Hezbollah bagi mengelakkan “kemusnahan dan penderitaan seperti yang disaksikan di...





