Keadaan banjir di kawasan utara Malaysia bertambah buruk dengan seramai 4,167 mangsa daripada 1,288 keluarga dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri terlibat iaitu Kedah, Perlis dan Perak, selain Pahang, Johor dan Sarawak.
Kedah paling teruk terjejas apabila setakat 1 petang 11 Oktober, seramai 3,390 mangsa daripada 1,060 keluarga terpaksa berlindung di 21 PPS di empat daerah...





