MANTAN guru Madrasah Aljunied, Ustaz Khairuddin Abdul Hamid, yang telah melahirkan ramai asatizah yang disegani di dalam dan luar negeri, meninggal dunia akibat radang paru-paru serta masalah ginjal dan jantung, semalam.
Allahyarham, 87 tahun, menghembuskan nafas terakhir sekitar 9.30 pagi di Hospital Besar Ng Teng Fong dengan anggota keluarga di sisinya.





