APABILA berbual tentang juadah Hari Raya, memang seronok mendengar dan mencedok ilmu daripada selebriti pakar masak Mami Asmah Laili.
Keghairahannya berbincang tentang makanan dan pengetahuannya yang meluas tentang kandungan bahan makanan sungguh menyerlah sehingga ada kalanya beliau terlupa penyakit yang dialaminya.





