ULAANBAATAR: Bendera Singapura dan Mongolia berkibar-kibar di Medan Chinggis Khaan pada pagi Khamis (14 Julai) apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong disambut dengan permaidani merah di ibu negara Mongolia ini.
Encik Lee, yang berada dalam hari kedua lawatan empat hari ke Mongolia, disambut oleh Perdana Menteri Jargaltulga Erdenebat dalam satu upacara gilang-gemilang.





