Menteri Pelancongan, Cik Widiyanti Putri Wardana (empat dari kiri), bersama anggota Kabinet Merah Putih di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur sebelum berlepas untuk rahat Kabinet di Akademi Tentera di Magelang, Jawa Tengah, pada 22 Oktober dengan menaiki pesawat tentera.
DuniaOct 25, 2024 | 10:24 AM

Kabinet Prabowo bina ikatan melalui rahat 3 hari di akademi tentera

JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto bersama hampir semua anggota Kabinet Merah Putih menjalani rahat selama tiga hari di Akademi Tentera Nasional Indonesia (TNI) sebagai sebahagian daripada usaha Encik Prabowo untuk memperkukuhkan disiplin dan kerjasama dalam kalangan para menterinya.

Permukiman yang diadakan dari 25 Oktober hingga 27 Oktober di Magelang, Jawa Tengah itu, dikelilingi kawasan gunung berapi, kira-kira 500 kilometer di timur...

Perhimpunan Agung PBB, Dr Vivian Balakrishnan, kenyataan negara
SingapuraSep 21, 2026 | 8:52 PM

Vivian akan sampaikan kenyataan negara di Perhimpunan Agung PBB ke-81

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-81 di New York, Amerika Syarikat, dari 22 hingga 28 September.

Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 21 September, beliau akan menyampaikan kenyataan Singapura dalam pembahasan umum di perhimpunan tersebut pada 26 September.

Lelaki yang kini berusia 21 tahun, melakukan siri kesalahan termasuk serangan seksual ketika berusia antara 15 hingga 17 tahun, manakala mangsa-mangsanya berusia antara 13 hingga 16 tahun.
SingapuraSep 21, 2026 | 8:12 PM

Lelaki dipenjara 14 tahun, disebat 15 kali atas serangan seksual terhadap gadis bawah umur

Seorang pesalah tegar berusia 21 tahun dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 15 sebatan rotan atas beberapa kesalahan, termasuk serangan seksual terhadap gadis bawah umur.

Dia melakukan kesalahan itu ketika berusia antara 15 hingga 17 tahun. Sembilan mangsa serangan seksualnya berusia antara 13 hingga 16 tahun.

Para pelajar Gaza menghadiri hari pertama tahun persekolahan baharu di dalam bilik darjah khemah di sebuah sekolah di Khan Younis, selatan Jaluran Gaza, pada 19 September.
DuniaSep 21, 2026 | 7:50 PM

Pelajar Gaza kembali ke sekolah secara bersemuka buat kali pertama dalam 3 tahun

GAZA: Ratusan ribu kanak-kanak di Gaza kembali mengikuti pembelajaran secara bersemuka pada 19 September buat kali pertama dalam tempoh hampir tiga tahun.

Ini meskipun terpaksa belajar di dalam sekolah yang rosak, bangunan sementara, mahupun khemah, di samping ketidakmampuan banyak keluarga untuk menyediakan pakaian seragam, buku nota dan alat tulis.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Exco Negeri Sembilan, Menteri Besar Negeri Sembilan
MalaysiaSep 21, 2026 | 7:04 PM

Yang di-Pertuan Besar N. Sembilan batal pelantikan 10 Exco

Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan berdepan ketidakpastian baharu apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, membatalkan pelantikan semua Exco negeri itu, berkuat kuasa serta-merta pada 20 September.

Bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, dalam reaksi balasnya pada 21 September menyusuli pembatalan pelantikan Exco itu mendakwa, tindakan Tuanku Muhriz adalah satu kekhilafan dari sudut perundangan dan tidak...

MMA, Sukan Asia, Tiffany Teo
SukanSep 21, 2026 | 6:56 PM

Atlet MMA S’pura mara ke final dalam penampilan sulung Sukan Asia

Jaguh seni bela diri campuran (MMA) Singapura, Tiffany Teo, kini hanya selangkah lagi daripada meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan Asia.

Atlet berusia 36 tahun itu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan wakil India, Suchika Tariyal, 2-0 dalam aksi separuh akhir pertarungan kategori 60 kilogram (kg) tradisional wanita di Pusat Sukan Inae Bandar Raya Nagoya pada 21 September.

Dahulu pelanggan beratur di luar kedai, kini niaga ‘bombolini’ di TikTok Live
Play Video

3 tarikan utama Festival of Thrills!
Play Video

PULAU NIRUP: Destinasi cuti terbaik, paling dekat untuk warga kota
Play Video

Pegawai pemeriksaan diiktiraf selepas tolak sogokan
Play Video

Gaji menteri naik: kenapa sekarang?
Play Video