JAKARTA: Satu tinjauan terkini oleh Indikator Politik Indonesia menunjukkan bahawa majoriti besar rakyat Indonesia mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan Presiden Prabowo Subianto untuk memimpin negara itu dalam tempoh lima tahun akan datang.
Dengan 85 peratus responden menyatakan keyakinan mereka sebelum Encik Prabowo memulakan tugasnya dan kajian itu mencerminkan harapan tinggi serta keinginan rakyat untuk melihat perubahan positif di bawah...





