KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memperoleh kemenangan besar apabila Mahkamah Agung Perancis menolak sepenuhnya pihak yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu (“Para Penuntut”) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia adalah satu keputusan bersejarah yang menyebelahi Malaysia dalam kes berkenaan.





