Pemerintah tidak akan membiayai pengajian agama di Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) kerana ia akan disokong sepenuhnya oleh masyarakat Melayu/Islam di sini dengan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) menjadi sumber dana utama.
Pembiayaan bagi subjek ‘sekular’ di bawah laluan sains kemasyarakatan yang ditawarkan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pula adalah sesuatu yang pemerintah akan dan telah pun berikan kepada universiti itu...





