Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) akan membantu memastikan kemampanan jangka panjang Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS), selain menyokong institusi agama, pembangunan asatizah dan program-program masyarakat yang ditujukan untuk menyokong masyarakat Islam Singapura.
SCIS, yang bakal dibuka pada tahun 2028, akan menjalankan program sarjana muda dengan dua laluan dalam pengajian Islam atau sains kemasyarakatan. Antara tujuan utama kolej ini ialah membangunkan golongan...





