PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia bersetuju secara prinsip menerima tawaran syarikat dari Britain, Ocean Infinity, untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.
Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember. Beliau menjelaskan pencarian dasar laut itu membabitkan satu lokasi baru dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.





