JAKARTA: Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) telah mengeluarkan larangan perjalanan ke luar negara terhadap bekas Menteri Kehakiman, Encik Yasonna Hamonangan Laoly, dan Setiausaha Agung Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Encik Hasto Kristiyanto.
Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap dakwaan rasuah yang melibatkan ahli politik PDI-P yang didakwa menyogok pegawai kanan pilihan raya untuk mendapatkan kerusi parlimen bagi pelarian...





