TEL AVIV: Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza telah ditangguhkan kelulusannya oleh pemerintah Israel, namun Amerika Syarikat optimis bahawa perjanjian ini tetap akan dilaksanakan seperti yang dirancang pada hari Ahad, 19 Januari.
Penangguhan ini berlaku di tengah-tengah perpecahan pandangan dalam kalangan menteri kabinet Israel. Mesyuarat kabinet yang dijadualkan pada 16 Januari untuk mengundi perjanjian itu telah...





