BANGKOK: Bangkok dan kawasan sekitarnya berdepan dengan tahap pencemaran udara yang paling buruk apabila kepekatan habuk halus partikel (PM2.5) mencatatkan bacaan berbahaya, iaitu 135.1 mikrogram per meter padu.
Bacaan ini jauh melebihi had selamat yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu 37.5µg/m³, menurut laporan The Bangkok Post pada 12 Februari. Agensi Geo-Informatik dan Teknologi Angkasa Thailand (Gistda) melaporkan bahawa 26 wilayah di...





