Bantuan segera dan usaha jangka panjang yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam Belanjawan 2025 untuk memupuk pertumbuhan dan transformasi perniagaan akan membantu perusahaan tempatan, kata Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).
DPPMS, dalam satu kenyataan pada 18 Februari, menyatakan bantuan pemerintah dapat menyokong perniagaan dalam menangani kos yang semakin tinggi, meningkatkan operasi dan juga keupayaan tenaga...





