RABAT: Raja Maghribi, Raja Mohammed VI, menyeru rakyatnya agar tidak melakukan ibadah korban sempena Aidil Adha tahun 2025 ini, berikutan kemarau berpanjangan yang telah menyebabkan penurunan drastik dalam populasi ternakan dan lonjakan harga daging di negara itu.
Dalam satu ucapan yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama di siaran televisyen nasional, Raja Mohammed VI menegaskan bahawa Maghribi kini berdepan cabaran...





