Satu inisiatif baru untuk membolehkan agensi pemerintah dan perniagaan bekerjasama untuk merintis dan memperluaskan huraian inovatif yang memenuhi keperluan agensi akan diperkenalkan, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kewangan merangkap Pendidikan), Encik Shawn Huang.
Dalam perkongsian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Kewangan (MOF) di Parlimen pada 28 Februari, Encik Huang berkata inisiatif Kerjasama Pemerolehan Inovatif baru itu akan menangani keprihatinan syarikat...





