Sempena Ramadan yang penuh keberkatan, Madrasah Al-Ma’arif menawarkan sampul Raya eksklusif bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri. Sampul Raya yang dijual ini bukan sahaja bertujuan bagi kegunaan peribadi, bahkan sebagai satu daya usaha bagi menggalakkan sumbangan dan infak kepada madrasah.
Menurut pihak madrasah, satu paket sampul Raya yang mengandungi 10 keping dijual pada harga $6, manakala tiga paket ditawarkan pada harga istimewa...





