Pemerintah Singapura komited sepenuhnya untuk memerangi jenayah dan memainkan peranannya dalam kes ekstradisi warga Indonesia, Paulus Tannos, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.
Beliau menambah bahawa Singapura sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia dan akan melakukan semua usaha yang termampu di bawah undang-undang untuk memudahkan permintaan ekstradisi pertama oleh Indonesia untuk Tannos, atau juga dikenali...





