Diam tak diam hari ini hari ke-22 kita berpuasa. Ketika gagak putih, bangau hitam, iaitu pada zaman dahulukala, bilangan antara 20 dan 30 dipanggil likur. Jadi 10 malam terakhir Ramadan dipanggil malam-malam likur.
Hari ini, 22 Ramadan, adalah malam dua likur. Ini bermakna tinggal lapan hari sahaja untuk kita berpuasa Ramadan tahun ini. Begitulah masa berlalu seperti kilat pantasnya, iaitu...





