Kenangan terawal saya menyambut Lebaran lahir dalam bentuk kuih warna kuning kelat kecil berinti jem nanas.
Lima enam hari sebelum 1 Syawal, emak saya akan duduk berjam-jam lamanya di meja dapur untuk membentuk kuih tart dan ‘mencuit’ biku sekeliling kuih tart, satu persatu, kadangkala, sehingga larut malam.
Pada ketika itu, meja makan akan dipenuhi dulang pelbagai saiz, masing-masing padat dengan...




