Perayaan Aidilfitri menyimpan seribu kenangan manis yang terpahat dalam ingatan, terutama ketika mengenang keseronokan masa kecil menyambut Hari Raya penuh makna itu.
Bagi juara pertandingan realiti, Singapore Idol (Musim Kedua) dan Asian Idol, Hady Mirza, perkara yang diingati adalah apabila beliau teruja kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah untuk bersilaturahim dan mengumpul duit Raya bersama rakan sebaya di kejiranan Upper Boon...





