JAKARTA: Pertemuan sulung antara Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Pengerusi Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputri, sejak pelantikan Prabowo sebagai presiden, telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kemungkinan PDI-P menyertai gabungan pemerintah.
Menurut penganalisis politik, meskipun terlalu awal untuk membuat kesimpulan, pertemuan itu menunjukkan bahawa saluran komunikasi antara kedua-dua pihak masih terbuka dan masing-masing ingin memastikan kepentingan politik mereka...





