Jarak usia 10 tahun antara mereka bukan penghalang membina mahligai impian yang sekian lama diimpikan.
Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya, 42 tahun, bernikah dengan jejaka pilihan hati, Maxime Bouttier, 32 tahun, juga seorang pelakon, di sebuah pusat peranginan terkemuka di Bali, Indonesia, Como Shambala Estate, Desa Kedewatan, Ubud, Gianyar, pada petang 7 Mei.





