SLIM RIVER (Perak): Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara atau rakan tampil membantu siasatan berhubung penemuan rangka manusia di sebuah ladang sawit dekat Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim-Slim River pada petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata siasatan itu bagi mengenal pasti identiti mangsa, lapor Berita Harian Malaysia.





