Singapura sedang dalam perbincangan dengan Amerika Syarikat untuk merunding tarif keutamaan, malah sehingga sifar tarif untuk eksport farmaseutikal, kata pengerusi Pasukan Petugas Daya Tahan Ekonomi Singapura (Sert), Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong.
Eksport farmaseutikal merupakan salah satu komponen utama dalam eksport Singapura ke Amerika, dan pemerintah berhasrat untuk berbincang bagaimana syarat-syarat yang tertakluk kepada tarif sektor dapat dipenuhi,...




