Konflik antara Israel dan Gaza, sebuah wilayah Palestin, ibarat kata peribahasa menempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa, timun juga yang binasa, yang bermaksud pertarungan tidak sebanding.
Dengan kekuatan yang jauh lebih hebat, diperkasa senjata sangat kuat pembekal utamanya Amerika Syarikat dan Jerman, Israel bersikap besar hendak melanda, panjang hendak melindih, iaitu setelah berkuasa lalu hendak bermaharajalela, yang bermakna...





