JOHOR BAHRU: Negeri Johor mencatatkan penurunan ketara dalam jumlah keseluruhan kes demam denggi bagi Minggu Epidemiologi ke-24 2025 (ME24/2025), dengan 3,157 kes dilaporkan setakat ini, berbanding 7,577 kes dalam tempoh sama pada 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata penurunan sebanyak 58.3 peratus itu menunjukkan keberkesanan tindakan kawalan dan penguatkuasaan yang dijalankan secara...





