Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meraih peningkatan sokongan daripada pengundi ketika memasuki pertengahan penggal mandat pentadbirannya pada 2025, dengan sejumlah 55 peratus memberi penarafan (rating) positif, lebih baik berbanding 54 peratus pada 2024.
Laporan berdasarkan tinjauan Merdeka Center – pertubuhan bebas yang memberi tumpuan pada penyelidikan pendapat umum dan analisis sosioekonomi – pada Mei lalu, melibatkan 1,208 pengundi...





