Penunjuk perasaan menghadiri perhimpunan anti-kerajaan yang mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Thailand di Tugu Kemenangan, Bangkok, Thailand, pada 28 Jun 2025. Penunjuk perasaan anti-Shinawatra mengadakan perhimpunan susulan kebocoran rakaman audio perbualan telefon Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra dengan bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, berkenaan pertikaian sempadan antara kedua-dua negara.
DuniaJun 30, 2025 | 5:14 PM

Menteri Pertahanan: Thailand komited kekal demokrasi, tiada hasrat rampas kuasa

BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai, menolak spekulasi mengenai kemungkinan rampasan kuasa tentera, sambil menegaskan bahawa kepimpinan tertinggi angkatan tentera tidak berniat merampas kuasa meskipun terdapat provokasi daripada kumpulan anti-kerajaan.

Bercakap sebagai respons kepada desakan daripada pemimpin protes yang mahu campur tangan tentera, Encik Phumtham menegaskan bahawa pihak tentera kekal komited membantu Thailand menghadapi cabaran negara...

Calon Parti Demokrat bagi kerusi Senat Michigan, Dr Abdul El-Sayed (kanan), bersama isterinya, Dr Sarah Jukaku, selepas beliau menyampaikan ucapan dalam rapat umum terakhir kempen suaminya di The Majestic Theater, Detroit, Michigan, pada 2 November 2026. Dr El-Sayed, 42 tahun, berdepan calon Republikan dan bekas anggota Dewan Perwakilan Amerika, Encik Mike Rogers, 63 tahun, dalam persaingan sengit yang boleh menentukan penguasaan Senat. Jika menang, Dr El-Sayed bakal menjadi senator beragama Islam pertama dalam sejarah Amerika Syarikat.
DuniaNov 3, 2026 | 3:38 PM

Trump berdepan penilaian pengundi, penguasaan Kongres AS jadi taruhan

WASHINGTON: Jutaan rakyat Amerika Syarikat mengundi pada 3 November dalam pilihan raya pertengahan penggal yang menjadi ujian besar terhadap kepimpinan Presiden Donald Trump, ketika Parti Republikan berdepan kemungkinan kehilangan penguasaan Kongres selepas dua tahun pentadbiran penggal keduanya.

Tinjauan pendapat dan penganalisis pilihan raya menjangkakan Parti Demokrat berpeluang merampas Dewan Perwakilan daripada Republikan, manakala perebutan menguasai Senat dijangka lebih sengit dan...

Sebuah lukisan yang mengkritik Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Donald Trump, dipamerkan dalam pameran seni jalanan di Teheran, Iran, pada 2 November 2026, ketika konflik antara kedua-dua negara masih berlarutan. Amerika  dilaporkan melancarkan serangan terhad ke atas Pulau Qeshm di Iran pada hari yang sama, meskipun rundingan diplomatik sedang dipergiat dengan bantuan Qatar bagi mengelakkan peperangan lebih besar. Iran pula menawarkan untuk membuka semula Selat Hormuz dalam tempoh dua hari sekiranya Washington menarik balik sekatan ekonomi dan membebaskan aset Iran yang dibekukan.
DuniaNov 3, 2026 | 3:09 PM

AS serang pulau strategik Iran ketika rundingan damai dipergiat

WASHINGTON: Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Pulau Qeshm yang strategik di Iran pada 2 November, dalam operasi ketenteraan terbaru yang dilakukan secara sulit sejak beberapa minggu lalu, meskipun Presiden Donald Trump memberi bayangan bahawa penyelesaian diplomatik dengan Teheran mungkin dicapai.

Pegawai kanan Amerika mengesahkan serangan itu merupakan sebahagian daripada beberapa operasi ketenteraan terhad yang bertujuan melemahkan keupayaan Iran mengancam...

Gianni Infantino telah memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sejak 2016.
SukanNov 3, 2026 | 2:59 PM

Fifa bakal kongsi ‘dokumen penting’ tentang rancangan penjualan hak Piala Dunia

LONDON: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) memaklumkan bahawa “dokumen penting” berkaitan rancangan gagal Presiden Gianni Infantino untuk menjual pegangan dalam Piala Dunia kepada pelabur swasta akan disediakan untuk diteliti anggota majlis Fifa.

Namun, akses kepada dokumen berkenaan tertakluk kepada “prosedur semakan yang ketat”.

Pengurus Newcastle United, Matthias Jaissle, memberikan arahan kepada para pemainnya semasa Liga Perdana England (EPL), Newcastle United lawan Everton di St James’ Park pada 2 November.
SukanNov 3, 2026 | 2:57 PM

Jaissle berdepan cabaran besar di Newcastle

NEWCASTLE: Seandainya pengurus Newcastle United, Matthias Jaissle masih tidak pasti apa yang difikirkan penyokong pasukannya tentang persembahan terbaharu mereka yang penuh kesilapan, beliau pasti mengetahuinya sebaik sahaja wisel penamat ditiup.

Ia merupakan kekalahan kedua kepada Everton dalam tempoh seminggu.

serangan siber, pasar raya Eropah, keselamatan makanan
DuniaNov 3, 2026 | 2:26 PM

Serangan siber lumpuhkan peti sejuk pasar raya di 9 negara Eropah

BRUSSELS: Puluhan pasar raya di sekurang-kurangnya sembilan negara Eropah menjadi sasaran serangan siber yang menyebabkan sistem peti sejuk dan peti beku gagal berfungsi, memaksa peniaga membuang makanan bernilai ratusan ribu euro selepas suhu peralatan itu meningkat secara mendadak.

Serangan pada 2 November itu menjejas pasar raya di Belgium, Luxembourg, Sweden, Ireland, Belanda, Estonia, Finland, Italy dan Portugal sekali gus mencetuskan...

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video

2 maut selepas nahas di Tampines libat kereta, motosikal
Play Video

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video