Kad Nets FlashPay edisi khas yang dikeluarkan sempena ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura (SG60) kini boleh dibeli mulai 14 Julai.
Kad ini menampilkan rekaan berwarna-warni yang mengambil inspirasi daripada mercu tanda negara seperti Taman di Persisiran dan Marina Bay Sands.





