Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) 2025, yang akan berlangsung dari 9 hingga 12 September, dengan Singapura sebagai tuan rumah Singapura, bakal menonjolkan suara baru dalam dunia kesusasteraan dan menyokong pertumbuhan generasi baru sasterawan tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Persuratan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Dr Azhar Ibrahim Alwee, yang juga Timbalan Pengerusi MBMS, berkata demikian semasa sidang media MBMS di Bangunan Perpustakaan...





