Yayasan Mendaki telah menerima maklum balas daripada lebih 600 individu sejak ia mula mengumpul pandangan daripada masyarakat dan pihak berkepentingan pada Mac dalam usaha merangka pelan induk lima tahun yang seterusnya, kata Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad.
Bercakap semasa pesta ‘RaikanIlmu @ Heartlands’ anjuran Yayasan Mendaki di Northpoint City, Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan...





