Anda sedang mencari aktiviti menarik untuk hujung minggu Hari Kebangsaan?
Daripada perarakan meriah kepada aktiviti mesra keluarga, rakyat Singapura benar-benar bersemangat sempena menikmati cuti panjang sambutan istimewa ini.
Anda sedang mencari aktiviti menarik untuk hujung minggu Hari Kebangsaan?
Daripada perarakan meriah kepada aktiviti mesra keluarga, rakyat Singapura benar-benar bersemangat sempena menikmati cuti panjang sambutan istimewa ini.
Dalam usaha Parti Tindakan Rakyat (PAP) menggalak dan memupuk barisan pemimpin yang berkebolehan, sayap muda parti itu, PAP Muda (Young PAP), melancarkan akademi latihan belia terbaru pada 4 Julai.
Dinamakan Akademi PAP Muda, ia merupakan sebuah wadah untuk mendekati dan menghubungkan pemimpin muda menerusi rangkaian kerja, bimbingan, serta program kepimpinan dengan kerjasama organisasi seperti Belia NTUC (NTUC Youth).
Parti Tindakan Rakyat (PAP) hanya boleh mentadbir parti dengan baik sekiranya setiap generasi memperbaharui parti itu dengan individu yang bersedia berkhidmat, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Beliau menambah, setiap generasi mesti membawa idea segar, tenaga baharu dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk memacu Singapura ke hadapan.
Jumlah pertubuhan agama yang diwakili dalam Kumpulan Keharmonian Antara Kaum dan Agama atau Harmony Circles telah meningkat lebih seganda kepada 450 pada masa ini daripada sekitar 200 pada 2023.
Secara individu pula, anggota Harmony Circles semasa ini telah bertambah daripada 1,500 kepada hampir 2,000 dalam tempoh yang sama.
Bahasa Melayu bukan sahaja kekal relevan dalam era digital, malah terus mendapat tempat menerusi wadah baharu seperti podcast dan vlog, yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan golongan muda, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi.
Justeru, Dr Syed Harun berkata pertandingan seperti Piala Podcast memainkan peranan penting dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu terus berkembang seiring...
JOHOR BAHRU: Percubaan untuk mengaitkan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan pengampunan diraja bagi bekas Perdana Menteri, Encik Najib Tun Razak, adalah tidak masuk akal, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Anggota Parlimen Sembrong itu berkata proses pilihan raya dan proses pengampunan diraja adalah dua perkara yang berasingan.





