JAKARTA: Jakarta kini berdepan lonjakan membimbangkan dalam jumlah insiden kebakaran sepanjang tahun 2025 ini, dengan kebakaran besar memusnahkan kawasan kejiranan padat dan infrastruktur penting sementara pasukan bomba bandar raya itu bergelut dengan kekurangan anggota yang kronik.
Salah satu kebakaran terbesar tahun 2025 berlaku di Kapuk Muara, Jakarta Utara, pada Jun lalu yang menyebabkan 3,200 orang hilang tempat tinggal dan sekurang-kurangnya...





