Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, melawat anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Temburong, Brunei, pada 23 Ogos.
Beliau diiringi oleh Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral (MG) Cai Dexian dan pegawai kanan SAF yang lain, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 23 Ogos.





