Sekitar $408,000 hilang akibat penipuan yang melibatkan penyamaran sebagai pegawai pemerintah dari unit di bawah Jabatan Ehwal Komersial (CAD) sejak April 2025.
Polis memaklumkan pada 28 Ogos bahawa terdapat sekurang-kurangnya 20 kes sedemikian, di mana penipu menyamar sebagai pegawai dari Pejabat Laporan Urus Niaga Mencurigakan (STRO), iaitu unit risikan kewangan Singapura.
Penipuan itu biasanya bermula dengan penipu membuat panggilan video...




