Bagi Encik Ahmad Abu Bakar, 61 tahun, seni bukan sekadar hiasan balai seni, tetapi merupakan satu wadah mendidik, membimbing dan membantu manusia mencari arah hidup.
Seniman mapan dan pendidik ini mengajar di pelbagai institusi seperti Maktab Seni Lasalle dan Institut Pendidikan Nasional (NIE), dan turut bertugas sebagai guru seni di Penjara Changi.





