Johor menyasarkan industri aeroangkasa sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baru negeri itu, dengan memanfaatkan kedudukannya yang strategik bersebelahan Singapura serta sokongan prasarana bertaraf antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata Johor kini muncul sebagai ekonomi negeri paling pesat berkembang di Malaysia, dengan mencatatkan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) 6.4 peratus...





