Seorang penyelia penguatkuasa dari syarikat yang bertugas untuk Penguasa Sains Kesihatan (HSA) didakwa cuba meminta rasuah $8,000 untuk membocorkan maklumat serbuan vape.
Pada 5 September, warga Singapura, Michael Anthony Pillay, 34 tahun, yang tidak lagi bekerja di WSH Experts, didakwa cuba memperoleh rasuah daripada Chua Wee Ming, seorang anggota utama sindiket yang didakwa terlibat dalam pengedaran vape.





