Jika kafe lain menampilkan hiasan ringkas dan bersifat minimalis atau menekankan kesederhanaan, berbeza pula dengan kafe halal, Binge, di kawasan Tiong Bahru.
Ia dihias warna-warni, kelihatan ceria dan meriah dengan warna kuning dan biru serta suasana santai yang mengundang kebahagiaan untuk anda duduk makan bersama keluarga atau sahabat handai.
Terletak di Seng Poh Lane, ia menjadi daya tarikan pelanggan Melayu/Islam...




