Kerajaan Johor memberi jaminan bahawa segala persiapan sedang dipergiat menjelang tempoh setahun sebelum projek Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru–Singapura mula beroperasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata perhatian kini turut diberikan kepada projek Sistem Aliran Transit Automasi Bertingkat (E-ART) yang bakal menjadi pelengkap kepada RTS dalam mengurus aliran penumpang...





